ASSALAMUALAIKUM



Friday, November 26, 2010

AKTIVITI P&P


Aktiviti 1



            Pelajar Pintar
Hasil Pembelajaran
Mengukur dan membanding ukuran bukan piawai.           
Objektif pembelajaran :
Pada akhir pelajaran, murid dapat mengukur  dan membanding isipadu cecair bukan piawai.
Bahan-bahan               :
2 baldi air berwarna
2 gelas sama saiz
 1 jug
 1 teko
                                                                                                                                               
Langkah pengajaran  :
<!
1.     Guru membahagikan murid kepada kumpulan secara berpasangan.
2.     Setiap orang murid diberi 1 baldi air berwarna dan 1 gelas sebagai penyukat bukan piawai.
3.     Murid  A diberi 1 teko dan murid B diberi  1 jug.
4.     Minta murid A isi air ke dalam teko dan murid B isi air ke dalam jug dengan menggunakan gelas satu-persatu sambil membandingkan kapasiti air dalam teko dan jug.

Lihat video 1:


Jadual Perbandingan Kapasiti Air
BIL. GELAS
TEKO
JUG
1 gelas
sikit
banyak
2 gelas
sama banyak
sama banyak
3 gelas

sama banyak 

sama banyak 

Pemerhatian :
Pada akhir pelajaran, setelah 2 gelas air masing-masing dimasukkan ke dalam teko dan jug, didapati murid dapat menyatakan bahawa kapasiti air adalah sama banyak walaupun dalam bekas yang berbeza saiz. Ini bermakna murid memahami konsep bahawa kapasiti air tidak bergantung kepada saiz bekas.


AKTIVITI 2
Pelajar Lemah
Hasil Pembelajaran       : 
Mengukur dan membanding ukuran bukan piawai.           
Objektif pembelajaran :
Pada akhir pelajaran, murid dapat mengukur  dan membanding isipadu cecair bukan piawai.
Bahan-bahan               :
2 baldi air berwarna
2 gelas sama saiz
 1 jug
 1 teko

                                   


Langkah pengajaran  :
<!1.     Guru membahagikan murid kepada kumpulan secara berpasangan.
<!2.    Setiap orang murid diberi 1 baldi air berwarna dan 1 gelas sebagai penyukat bukan  piawai.
<!3.   Murid  A diberi 1 teko dan murid B diberi  1 jug.
<!4.   Minta murid A isi air ke dalam teko dan murid B isi air ke dalam jug dengan  menggunakan gelas satu-persatu sambil membandingkan kapasiti air dalam teko dan jug.

Lihat video 2:




Jadual Perbandingan Kapasiti Air
BIL. GELAS
TEKO
JUG
1 gelas
sikit
banyak
2 gelas
sikit
banyak
3 gelas
sikit
banyak
4 gelas
sikit
banyak
5 gelas
sama banyak
sama banyak
6 gelas
sama banyak
sama banyak

Pemerhatian :
Pada akhir pelajaran, setelah 5 gelas air masing-masing dimasukkan ke dalam teko dan jug, didapati murid dapat menyatakan bahawa kapasiti air adalah sama banyak walaupun dalam bekas yang berbeza saiz. Ini bermakna murid memahami konsep bahawa kapasiti air tidak bergantung kepada saiz bekas.

RUJUKAN

<1.    Murugiah s/o Velayutham,T.K.Kao.(2010).HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two.Seri Kembangan:Meteor Doc.Sdn.Bhd.

<!2.     Mok Soon Sang.(2004).A Primary Education Course in Mathematics for Post Graduate Diploma(K.P.L.I).Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.



BAHAN BANTU MENGAJAR


                                                       Alatan yang digunakan


BAHAN-BAHAN :
v 2 baldi air berwarna
v 2 gelas yang sama saiz
v 2 bekas makanan kecil yang sama saiz
v 1 bekas makanan
v 1 jug
v 1 teko

          Saya memilih untuk menggunakan bahan-bahan seperti dalam gambar sebagai bahan bantu mengajar kerana :
v Bahan ini sering digunakan di rumah.
v Murah.
v Mudah didapati.
        Oleh itu ujikaji tentang kapasiti air  boleh dilakukan di rumah. Ini bermakna proses pembelajaran tentang isipadu cecair tidak terhad hanya di sekolah, malah ia berterusan di rumah. Aplikasi konsep isipadu cecair dalam kehidupan seharian akan mengukuhkan lagi pemahaman konsep kapasiti air bagi kanak-kanak.

PENGENALAN

                                           Sila tonton video ini........

Pengenalan
            Salah konsep mengenai kapasiti mungkin timbul di kalangan murid dalam pengajaran Isipadu Cecair terutama apabila membandingkan dua bekas yang berlainan saiz. Murid-murid sering membandingkan ketinggian bekas berbanding kapasiti air. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, bekas inggi atau rendah, kebanyakan murid akan menyatakan bekas tinggi mempunyai lebih isi walaupun sebenarnya kedua-dua bekas mengandungi kapasiti air yang sama. Contoh seperti dalam video tadi.
            Guru perlu lebih berhati-hati ketika memperkenalkan konsep kapasiti dalam pengajaran Isipadu Cecair Tahun Dua. Dalam tugasan ini, saya telah merancang dua aktiviti pengajaran untuk memperkenalkan konsep kapasiti air dalam tajuk Isipadu Cecair. Aktiviti secara perbandingan langsung dilakukan sendiri oleh murid agar mereka mendapat satu pengalaman berguna yang boleh diaplikasi ke dalam kehidupan seharian. Pelbagai saiz bekas digunakan agar murid benar-benar faham tentang perbezaan kapasiti air.

BIODATA


PROFIL
NAMA                        : FAZNIRA BINTI AHMAD
JANTINA                   : PEREMPUAN
AGAMA                     : ISLAM
KETURUNAN           : MELAYU
ASAL                         : LENGGONG, PERAK, MALAYSIA.
KURSUS                    : SARJANA MUDA PENGAJARAN
                                     (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN
PENGKHUSUSAN   : MATEMATIK
PENDIDIKAN          :
v  SK LUAT, LENGGONG, PERAK (1981 – 1986)
v  SM RAJA PEREMPUAN TA’AYAH, IPOH, PERAK
      (1987 – 1991)
v  SM CLIFFORD, K.KANGSAR, PERAK (1992 -1993)
v  MAKTAB PERGURUAN TUANKU BAINUN, B.MERTAJAM, P.PINANG
(DIS.1993 – JUN 1996)
PERKHIDMATAN :
v  SK GELOK, LENGGONG, PERAK (1996 -2000)
v  SK TERAP, SERDANG, KEDAH (2000)
v  SK TAMAN KENARI, KULIM, KEDAH (2001 -2010)


SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah..Bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan dan blog ini. Walaupun kekangan masa dan pelbagai dugaan terpaksa diharungi, namun ia tidak melemahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Malah saya telah mempelajari sesuatu yang baru dan menimba pengalaman amat berguna buat saya pada masa depan. 
         Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan tutor saya, Encik Chua Chong Sair yang banyak memberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini.
                                                                                                          
             Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami tercinta yang banyak memberi dorongan dan sokongan . Pengorbanan dan semangat yang diberikan meningkatkan motivasi diri untuk meneruskan perjuangan sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah. Semoga saya akan berjaya dengan cemerlang.

          Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi menyumbang idea dan berkongsi bahan-bahan rujukan. Sikap saling bantu-membantu membolehkan tugasan ini disiapkan dengan sempurna. Saya berharap agar perkongsian idea ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah..


Disediakan oleh,
FAZNIRA BINTI AHMAD
Universiti Terbuka Malaysia
PPW Kedah Darul Aman
Malaysia.