Alhamdulillah..Bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan dan blog ini. Walaupun kekangan masa dan pelbagai dugaan terpaksa diharungi, namun ia tidak melemahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Malah saya telah mempelajari sesuatu yang baru dan menimba pengalaman amat berguna buat saya pada masa depan.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan tutor saya, Encik Chua Chong Sair yang banyak memberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami tercinta yang banyak memberi dorongan dan sokongan . Pengorbanan dan semangat yang diberikan meningkatkan motivasi diri untuk meneruskan perjuangan sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah. Semoga saya akan berjaya dengan cemerlang.
Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi menyumbang idea dan berkongsi bahan-bahan rujukan. Sikap saling bantu-membantu membolehkan tugasan ini disiapkan dengan sempurna. Saya berharap agar perkongsian idea ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah..
Disediakan oleh,
FAZNIRA BINTI AHMAD
Universiti Terbuka Malaysia
PPW Kedah Darul Aman
Malaysia.
No comments:
Post a Comment