Aktiviti 1
Pelajar Pintar
Hasil Pembelajaran : | Mengukur dan membanding ukuran bukan piawai. |
Objektif pembelajaran : | Pada akhir pelajaran, murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair bukan piawai. |
Bahan-bahan : | 2 baldi air berwarna 2 gelas sama saiz 1 jug 1 teko |
Langkah pengajaran :
<!
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan secara berpasangan.
2. Setiap orang murid diberi 1 baldi air berwarna dan 1 gelas sebagai penyukat bukan piawai.
3. Murid A diberi 1 teko dan murid B diberi 1 jug.
4. Minta murid A isi air ke dalam teko dan murid B isi air ke dalam jug dengan menggunakan gelas satu-persatu sambil membandingkan kapasiti air dalam teko dan jug.
Lihat video 1:
Jadual Perbandingan Kapasiti Air
BIL. GELAS | TEKO | JUG |
1 gelas | sikit | banyak |
2 gelas | sama banyak | sama banyak |
3 gelas | sama banyak | sama banyak |
Pemerhatian :
Pada akhir pelajaran, setelah 2 gelas air masing-masing dimasukkan ke dalam teko dan jug, didapati murid dapat menyatakan bahawa kapasiti air adalah sama banyak walaupun dalam bekas yang berbeza saiz. Ini bermakna murid memahami konsep bahawa kapasiti air tidak bergantung kepada saiz bekas.
AKTIVITI 2
Pelajar Lemah
Hasil Pembelajaran : | Mengukur dan membanding ukuran bukan piawai. |
Objektif pembelajaran : | Pada akhir pelajaran, murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair bukan piawai. |
Bahan-bahan : | 2 baldi air berwarna 2 gelas sama saiz 1 jug 1 teko |
Langkah pengajaran :
<!1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan secara berpasangan.
<!2. Setiap orang murid diberi 1 baldi air berwarna dan 1 gelas sebagai penyukat bukan piawai.
<!3. Murid A diberi 1 teko dan murid B diberi 1 jug.
<!4. Minta murid A isi air ke dalam teko dan murid B isi air ke dalam jug dengan menggunakan gelas satu-persatu sambil membandingkan kapasiti air dalam teko dan jug.
Lihat video 2:
Jadual Perbandingan Kapasiti Air
BIL. GELAS | TEKO | JUG |
1 gelas | sikit | banyak |
2 gelas | sikit | banyak |
3 gelas | sikit | banyak |
4 gelas | sikit | banyak |
5 gelas | sama banyak | sama banyak |
6 gelas | sama banyak | sama banyak |
Pemerhatian :
Pada akhir pelajaran, setelah 5 gelas air masing-masing dimasukkan ke dalam teko dan jug, didapati murid dapat menyatakan bahawa kapasiti air adalah sama banyak walaupun dalam bekas yang berbeza saiz. Ini bermakna murid memahami konsep bahawa kapasiti air tidak bergantung kepada saiz bekas.
RUJUKAN
<1. Murugiah s/o Velayutham,T.K.Kao.(2010).HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two.Seri Kembangan:Meteor Doc.Sdn.Bhd.
<!2. Mok Soon Sang.(2004).A Primary Education Course in Mathematics for Post Graduate Diploma(K.P.L.I).Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.